Site Meter

Tips Berjaya Dalam Peperiksaan

on Tuesday, 14 May 2013

Tips Berjaya Dalam Peperiksaan | Memandangkan aku kini sedang menghadapi peperiksaan akhir semester, kali ini aku nak kongsikan sedikit ilmu daripada apa yang aku pelajari sepanjang peperiksaan berlangsung. Tips yang korang memang takan dapat di mana-mana. haha.


Tips Berjaya Dalam Peperiksaan
Memohon restu Ibu dan bapa

Sebelum menjelang peperiksaan, anda seharusnya melakukan persediaan awal yang pada aku sendiri adalah sangat-sangat berguna. Kenapa? Sejak dari awal lagi, dengan persediaan yang cukup korang tidak akan merasa takut untuk menghadapi peperiksaan malah lebih yakin bila menjawab soalan nanti.

Tips Berjaya Dalam Peperiksaan

Permulaan awal pula tidak seharusnya merangkupi skop soalan yang korang rasa akan keluar tetapi korang kena cover semua tajuk yang ada dalam pembelajaran korang tersebut. 

Ini dinamakan post-mortem secara menyeluruh dan jangan terlalu fokus ataupun mengambil masa terlalu lama untuk membuat nota ringkas seperti ini.

Teori sahaja tidak mencukupi apatah lagi bagi subjek yang lebih mencabar seperti matematik, calculus dan physic yang sememangnya menggunakan banyak formula. 

Kemahiran dalam pengiraan bukan teori semata-mata tetapi haruslah dipraktikkan secara berterusan supaya korang biasa dengan bentuk soalan yang akan korang jawab nanti.

Untuk jenis soalan yang memerlukan ingatan dan kefahaman seperti Biologi, Understanding Islam dan sebagainya, aku galakkan korang baca semua dan fahamkan setiap bibit ayat tersebut. Kemudian, disertai dengan nota ringkas yang korang buat secara sambilan.

Teknik membaca dan menulis ini pada aku adalah sangat berkesan kerana setiap penulisan itu pasti akan terbayang-bayang ketika menjawab soalan peperiksaan itu nanti. 

Nota yang dibuat itu hendaklah secara ringkas sahaja sebagai hint untuk memudahkan menghafal dan mengingati keyword bagi jawapan korang nanti. Nota ini penting ketika pembacaan sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Akhir sekali ialah berdoa dan tawakal. Dalam agama kita sendiri ajar kita jangan terlalu yakin berjaya jika keputusan belum keluar. Berdoa dan terus berdoa sebab memang itu sahaja jalan terakhir sebagai persediaan menerima segala keputusan nanti.

Aku harap tips aku ini berguna kepada sesiapa sahaja yang bakal atau sedang menghadapi peperiksaan seperti aku. Walaupun agak lama aku tidak menulis dan pengunjung pun agak berkurangan, aku harap setiap penulisan aku ini memberi kesan positif kepada korang. :)

20USD dalam seminit!

on Sunday, 5 May 2013

20USD dalam seminit! Entri pada kali ini ialah berkaitan dengan trade forex yang aku kongsikan tempoh hari. Untuk pengetahuan semua, aku baru sahaja membuka akaun micro dengan kadar 20USD pada pertengahan bulan April yang lepas. Terkini akaun aku 41USD!


profit 32 pips!
profit 32 pips!

Trade forex sebenarnya tidaklah sesukar mana. Tetapi haruslah menepati cara dan teknik yang betul. Aku kini masih mempelajari teknik trade forex yang betul dengan menggunakan ebook daripada Forex Sebenar. Download di sini :  Ebook Rahsia Forex Sebenar.

Forex trading ini bukanlah sesuatu yang boleh dianggap main-main kerana ia melibatkan wang kita sendiri. Oleh itu, mempelajari sebelum mencuba sesuatu yang mencabar seperti ini memerlukan  pengetahuan yang betul sebelum mengorak langkah.

Tersilap langkah membawa padah!

Inilah ungkapan yang paling sesuai dalam dunia forex. Market sentiasa bergerak dengan laju terutama sekali pada tarikh tertentu. Semuanya ada diterangkan dalam Ebook tersebut tentang tarikh yang sesuai untuk melakukan trade.

Perkara yang paling penting sekali dalam forex ialah dari segi money management. Pada aku, kewangan harus dijaga dengan teliti dan jangan sesekali over trade. Perkara ini biasanya berlaku apabila market bergerak dengan laju sebab sesetengah orang ingin 'cepat kaya' dengan over trade dengan saiz yang besar.

Lost 20USD dalam seminit!

Lost 20USD dalam seminit!
(klik gambar untuk paparan jelas)

Inilah akibatnya kalau money management tidak dijaga dengan betul. Ya! Aku melakukan trade pada ketika market sedang bergerak laju dan entah macamana aku terfikir untuk melanggar money management aku tu dengan alasan :

Buka sekejap dengan saiz yang besar dan tutup dalam beberapa minit untuk memastikan profit, tak kisah la berapa pips pun. Dengan saiz yang besar, 1pips pun boleh jadi lumayan.

Aku menggunakan teknik yang betul yang diajar pada ebook tersebut tetapi ini adalah kesilapan aku sendiri yang melanggar disiplin pengurusan wang sendiri. Padan muka aku! haha. Nasib baik baki ada lagi 21USD lagi. 

Secara ringkasnya aku meletakkan stop loss 50 pips tetapi apabila aku sedang mengalami loss 20 pips, akaun aku terus tertutup kerana modal aku yang hanya 20USD ketika itu. Tetapi selepas 25pips loss, harga terus melambung tinggi dan aku duduk tercengang depan laptop, 20USD aku hilang dalam masa seminit!

Di mana siap aku? Modal aku sebenarnya tidak cukup besar untuk membeli pips pada saiz yang besar dan secara automatiknya akaun aku tertutup apabila aku loss 20pips yang ketika itu bersamaan dengan 20USD aku tu.

Teringin nak dapatkan teknik trade forex yang betul? Download di sini :  Ebook Rahsia Forex Sebenar. Sahabat blogger aku, ThaqibZaki kini mula menjana profit tak terkalah!

Aku datang, ini pasti menjadi pengajaran yang paling berguna aku yang sangat berguna pada aku untuk lebih berdisiplin dalam melakukan trade. Teknik yang berkesan tetapi kesilapan sendiri tidak menjaga money management membawa padah! 20 USD=RM66 dalam seminit! Banyak tuu.

Download Cara Buat Kek Coklat Dengan Cara Yang Betul

on Wednesday, 1 May 2013

Download Cara Buat Kek Coklat Dengan Cara Yang Betul | Pasti ramai yang menggemari kek coklat tetapi tidak ramai yang mengetahui cara sebenar membuat kek coklat. Jom ketahui cara rahsia membuat kek coklat dengan mudah tanpa menggunakan bahan yang banyak.


Download Cara Buat Kek Coklat
Cara Buat Kek Coklat

Bersempena dengan sambutan Hari Raya yang semakin tiba, anda pasti mahu sajikan sesuatu yang baharu. Mungkin pada tahun sebelum ini anda membeli kek coklat, berbelanja berpuluh malah beratus ringgit untuk membelinya. Kenapa tidak anda belajar membuat caranya sendiri?

Dapatkannya di sini : Download Cara Buat Kek Coklat.

Apa Yang Anda Dapat Dalam Pakej Mudah Cara Buat Kek Coklat ini?


11 Jenis video cara membuat kek coklat pelbagai cara dengan mudah.
  • Video #1 Kek Coklat "Jangan Tinggal Daku"
  • Video #2 Kek Coklat "Simpulan Kasih"
  • Video #3 Kek Coklat "Sejuta Impian"
  • Video #4 Kek Coklat "Cinta Abadi"
  • Video #5 Kek Coklat "Kasih Bertaut Kembali"
  • Video #6 Brownies "Antara 2 Cinta"
  • Video #7 Kek Coklat Lapis Puding Babylon
  • Video #8 Kek Coklat Cinta 3 Segi
  • Video #9 Kek Coklat Sedap
  • Video #10 Membuat Ganache
  • Video #11 Membuat Dekorasi Kek Coklat Ringkas

Bonus tambahan! 
Satu Ebook  resepi kek coklat dan ganache yang boleh anda gunakan untuk membuat kek anda kelak. Anda boleh print ebook ini untuk dijadikan rujukan anda dalam pembuatan kek coklat anda.
  1. Anda tidak perlu untuk ke kelas untuk belajar membuat kek coklat. Ia menjimat kos anda!
  2. Ia ditunjukkan dalam bentuk video. Anda boleh memasangnya di komputer dan menontonnya berulang kalijika anda mahu.
  3. Anda boleh kagumkan tetamu anda dengan kek coklat anda.
  4. Anda boleh bertanya jika berlaku sebarang masalah. Ini tidak akan diperolehi jika anda menyertai kursus.
Jadi, jangan terlepas untuk mendapatkan ebook ini dan pelajari segera cara membuat kek coklat dengan mudah serta menjimatkan kos ini sebelum bermulanya sambutan Hari Raya akan datang. Siapa tahu mungkin anda akan menerima tempahan jika hasil tangan anda itu mendapat pujian orang ramai nanti? :)



Alexa Ranking Cecah Angka Nombor 2 di Hadapan!

on Tuesday, 30 April 2013

Alexa Ranking Cecah Angka Nombor 2 di Hadapan! Terlebih dahulu aku nak memohon maaf kepada korang yang singgah sini tapi takda update benda baru. Sebenarnya aku kini menghampiri final exam untuk semester kali ini yang akan bermula pada 5 Mei hingga 22 Mei 2013.


Alexa Ranking Terkini Blog Khairul Asrol
Alexa Ranking Terkini Bulan Mei

Kalau tidak silap, entri terakhir aku ialah mengenai Kontes Panduan Blogger yang aku sertai tempoh hari anjuran Blogger Hasrul Hassan pada hari selasa lepas. Sedar tak sedar, ranking alexa aku semakin mengecil tetapi pada tahap yang agak slow sikit daripada sebelumnya.


Experiment Ranking Alexa

Dalam aku lama tidak update entri, hampir seminggu rasanya, aku dapati ranking alexa ini tetap mengecil juga dari semasa ke semasa namun pada tahap yang perlahan. Pada 16 April yang lalu, aku ada kongsikan ranking alexa aku yang ketika itu bawah 300k global ranking.

Secara rawaknya, ranking alexa blog ini berada tahap 200k ke bawah dalam masa dua minggu walaupun kurang mengupdate entri. Dari sini, aku nak kongsikan sedikit tips mengapa alexa ranking semakin sukar untuk mengecil :

1. Kurangnya mengupdate entri adalah faktor utama kenapa ranking alexa kurang memberansangkan. Seperti mana yang semua orang tahu, jika kita rajin mengupdate entri, pasti percentage untuk visitor datang ke blog kita itu lebih tinggi.

2. Persaingan antara blog yang semakin hebat untuk mengejar ranking alexa ini. Ini terbukti secara logiknya, blog yang lebih bagus daripada blog kita pasti memintas ranking alexa kita. Kalau kita hendak memintas mereka, bermakna kita perlu bekerja keras untuk itu.

Nak mantain ranking alexa ni memang susah sebenarnya. Jadi tidak hairan la jika kita konsisten macamana sekalipun mengupdate entri tetapi persaingan hebat daripada blogger lain itu mengatasi blog kita, tetap ranking alexa blog kita akan jatuh jugak akhirnya.

Namun alexa ranking bukan segalanya, alexa ranking bukan tools yang bagus untuk mengetahui jumlah visitor blog tersebut kerana alexa ranking ini dipengaruhi oleh banyak faktor. Boleh baca entri sebelum ini tentang cara mengecilkan ranking alexa dan apakah parameter yang digunakan alexa.

Akhir sekali, terima kasih kepada yang sudi bertanyakan aku kenapa jarang update blog, sibuk sangat sebenarnya dengan komitmen study. Banyak kerja dan ulangkaji kena lebih sikit, jangan high expectation tapi low effort! Memang takan berjaya lah kann.

Mungkin ada masa aku singgah mana-mana blog yang aku sempat singgah kalau online. Terima kasih sudi singgah. Tanpa korang, siapalah blog aku ni. :)

Kontes Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blogging

on Tuesday, 23 April 2013

Kontes Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blogging | Blogging kini merupakan satu trend yang digunapakai oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira pangkat atau darjat seseorang itu asalkan anda mempunyai minat untuk berblogging.


Kontest Panduan Blogger - Basic Dalam Blogging
Kontes Panduan Blogger - Membudayakan Ilmu Blogging

Sebelum menceburi bidang blogging, banyak perkara basic yang perlu anda ketahui. Mungkin bagi sesetengah orang tidak mengambil serius tentang perkara penting dalam blogging dan boleh dikatakan mereka hanya menulis sekadar suka-suka sahaja.

Panduan dalam dunia blogging ini boleh didapati di carian google untuk memudahkan anda memulakan langkah pertama untuk selangkah kehadapan. Di sini akan dikongsikan beberapa tips dan perkara penting yang anda perlu tahu.

Ilmu Dalam Blogging Dengan Panduan Ringkas Panduan Blogger

Apa itu Google PageRank (PR)?
Google PageRank boleh didefinasikan sebagai ranking dalam google atau lebih kepada kepentingan sesuatu website itu dalam carian google. Banyak faktor yang memainkan peranan dalam Google PageRank ini dan antara faktor pentingnya ialah linked website lain  kepada blog kita.

Secara ringkasnya, lagi banyak website lain memberikan backlink kepada kita, lebih tinggi ranking kita dalam carian google. Ini menunjukkan bahawa blog kita itu adalah bermakna dengan adanya backlink tersebut dan dianggap trusted website pada tanggapan google crawler.

Membina rangkaian backlink juga perlu diambil kira antara backlink berkualiti ataupun tidak. Jangan sesekali menggunakan perkhidmatan spam backlink yang dianggap backlink sampah dan hanya akan merosakkan ranking blog kita dalam carian google. Antara langkah bijak untuk membina backlink berkualiti ialah dengan blogwalking selain membina jaringan sesama blogger. 

Search Engine Optimization (SEO)
Search Engine Optimization (SEO) adalah mengoptimumkan blog kita dalam carian engine dengan menggunakan teknik yang betul. Google menggunakan pelbagai cara dan tools untuk untuk memastikan maklumat yang dicari pengguna internet itu tepat.

Kita sebagai information provider haruslah bertindak jujur dengan memberikan informasi yang betul dengan menggunakan teknik SEO mengikut algoritma google yang sesuai kerana algoritma google sentiasa berubah mengikut keadaan semasa.

Banyak teknik SEO yang kita perlu tahu, baik daripada design template blog kita, plugin yang digunakan, cara penulisan kita sehinggalah pembinaan backlink kepada entri kita tersebut. Antara teknik yang paling penting ialah cara penulisan itu menepati teknik SEO yang betul.

Cara penulisan kita haruslah menggunakan keyword yang sesuai dan unik. Dengan menulis keyword pada heading, alternatif tag pada gambar, title pada setiap link serta memasukkan keyword pada awal dan akhir posting, ini memberitahu google robot bahawa anda sedang menulis tentang entri berkaitan keyword tersebut.

Penampilan Blog Yang Kemas dan Teratur
Selain mengoptimumkan template blog dengan SEO, susunan blog juga harus diambil kira untuk memudahkan para pembaca mengunjungi blog anda. Penggunaan bahasa yang santai juga penting supaya pembaca setia menikmati penulisan kita. 

Blog yang kemas dan teratur biasanya menggunakan template yang ringkas dan loading speed yang cepat. Antara ciri-ciri blog yang menarik ialah kurang meletakkan iklan pada blog, elakkan penggunaan widget yang berlebihan serta kurangkan redirection link ataupun dengan kata mudahnya link keluar dari blog kita.

Redirection link ini biasanya akan melambatkan loading blog kita khususnya apabila website link keluar itu sedang down server kerana kita harus menunggu begitu lama untuk ianya terlihat. Seeloknya, perbanyakkan penggunaan internal link dalam setiap posting kita supaya ianya kelihatan menarik sekaligus boleh menambahkan jumlah pageview blog kita.



Kontest Panduan Blogger by Hasrul Hassan (Promosi)

on Saturday, 20 April 2013

Kontest Panduan Blogger by Hasrul Hassan (Promosi) | Kontest mudah jawab 3 soalan ini dianjurkan oleh saudara Hasrul Hassan, pemilik blog Panduan Blogger yang menyediakan tips dalam blogging dan sememangnya popular dalam kalangan blogger di Malaysia.


Kontest Panduan Blogger by Hasrul Hassan
Kontest Panduan Blogger by Hasrul Hassan

Kontest ini merupakan satu langkah bijak yang diambil oleh saudara Hasrul Hassan bagi memantapkan lagi ilmu dalam dunia blogging khususnya kepada mereka yang mula meminati bidang blogging ni. Tanpa panduan yang betul pasti anda tidak akan berjaya seperti mana blogger lain.

Kontest Panduan Blogger by Hasrul Hassan

Segala panduan yang disediakan dalam blog Panduan Blogger ini sangat berguna dan sememangnya menjadi sumber inspirasi kepada setiap blogger untuk berjaya dalam dunia alam maya ini. Pendidikan tidak terbatas kepada pembelajaran di dalam kelas sahaja tetapi ia sebenarnya merangkumi pelbagai bidang, begitu juga dalam blogging. 

Memiliki tahap kemahiran yang betul dalam penulisan juga penting selain daripada tips untuk lebih mesra carian engine (Search Engine Optimization). Segalanya tertulis dalam blog Panduan Blogger ini untuk tatapan blogger sekalian. 

Kontest yang meletakkan syarat mudah ini tidak harus dilepaskan oleh blogger sekalian kerana anda hanya perlu menjawab 3 soalan mudah berkaitan dengan blogging yang akan disediakan oleh saudara Hasrul Hassan.

Tidak tahu pasal blogging? Usah risau! Segala bentuk soalan yang ditujukan kepada anda nanti pastinya sangat mudah dan jawapannya boleh anda dapati dari blog Panduan Blogger ini. Hadiah yang disediakan juga lumayan dan tidak rumit seperti mana contest atau giveaway yang lain.

Semoga kontes Panduan Blogger ini mendapat sambutan blogger lain, bukan sahaja untuk memenangi hadiah yang disediakan tetapi lebih kepada ilmu dalam blogging yang pastinya tidak terdapat dalam mana-mana blog panduan untuk blogger. Ilmu itu luas! Jangan sia-siakan peluang yang hadir seperti ini. Semoga Berjaya!



 

© Khairul Asrol ™ Cara Buat Kek Coklat All Rights Reserved
Get smart with the TFBv2 from Forblogger.net| Redesigned By Khairul Asrol