Site Meter

Biasiswa Bank Negara Malaysia 2012


Bank Negara Malaysia (BNM) mempelawa rakyat Malaysia yang layak untuk memohon Anugerah Biasiswa Bank Negara untuk sesi akademik 2012/2013 bagi mengikuti pengajian dalam beberapa bidang yang terpilih bagi peringkat pengajian pra-universiti, ijazah pertama dan pasca siswazah.


Kategori Permohonan Biasiswa BNM

Permohonan untuk Anugerah Biasiswa Bank Negaraini dipecah kepada tiga kategori iaitu;
  1. Biasiswa Pra-Universiti 
  2. Biasiswa Ijazah Pertama (Kepujian)
  3. Pasca Siswazah (Sarjana / Kedoktoran (PhD)

Biasiswa Pra-Universiti

Bidang Pengajian

  • Ekonomi, Perakaunan, Sains Aktuari, Perbankan dan Kewangan, Kewangan Kejuruteraan, Undang-Undang, Syariah dan Matematik
Peringkat Pengajian
  • Cambridge A-Level, American Foundation Program, Australian Matriculation, International Baccalaureate Diploma Programme

Kelayakan Minimum

  • Lulus peperiksaan SPM 2011 dengan mendapat sekurang-kurangnya 8A (A dan A+ sahaja)
  • Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2012

Kelayakan Tambahan

  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
  • Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
  • Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan

Permohonan

Tarikh Tutup

  • 29 Mac 2012
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.
Tajaan ke peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti luar negara akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Biasiswa Ijazah Pertama (Kepujian)

Bidang Pengajian

  • Ekonomi, Perakaunan, Sains Aktuari, Perbankan dan Kewangan, Kewangan Kejuruteraan, Undang-Undang, Syariah dan Matematik

Lokasi Pengajian

  • Universiti-universiti Dalam dan Luar Negara

Kelayakan Minimum

Lulus dan memenuhi salah satu kriteria di bawah:
  • STPM / A-Level – Mendapat sekurang-kurangnya 2 A dan 1 B ; ATAU
  • Diploma / Matrikulasi – Mendapat Purata Agregat Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) sekurang-kurangnya 3.50 ; ATAU
  • South Australian Matriculation – Mendapat sekurang-kurangnya ATAR 85% ; ATAU
  • American Foundation Program – Mendapat sekurang-kurangnya 1200 bagi SAT1 ; ATAU
  • Bagi calon-calon yang sedang menuntut di universiti yang diiktiraf BNM dalam pengajian peringkat Ijazah Pertama – Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 dalam peperiksaan yang terbaru.
           DAN
  • Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2012
  • Telah ditawarkan untuk mengikuti kursus Ijazah Pertama (Kepujian) dalam tahun 2012 di universiti yang diiktiraf mengikut senarai BNM

Kelayakan Tambahan

  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
  • Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
  • Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan

Permohonan

Tarikh Tutup
  • 20 Mac 2012
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.
Pelajar yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti samada di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh BNM layak untuk memohon.

Biasiswa Pasca Siswazah (Sarjana / Kedoktoran (PhD)

Bidang Pengajian

    • Economics, Econometrics, Monetary Economics, International Economics, Banking and Finance, International Finance, Quantitative Finance, Law, Banking and Finance Law, International Law, Shariah, Risk Management dan Forensic Accounting

Lokasi Pengajian

  • Universiti Dalam dan Luar Negara

Kelayakan Minimum

  • Mendapat keputusan Kelas Pertama Ijazah Pertama (Kepujian) / Ijazah Sarjana atau yang setaraf daripada universiti yang diiktiraf di dalam atau luar negara
  • Mengambil kursus yang memberi nilai tambah kepada fungsi dan peranan Bank Negara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun bagi Ijazah Sarjana dan 35 tahun bagi Ijazah Kedoktoran pada 1 Julai 2012
  • Lulus peperiksaan SPM dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Telah ditawarkan tempat untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana atau Kedoktoran dalam tahun 2012 di universiti yang diiktiraf mengikut senarai BNM

Permohonan

Tarikh Tutup

  • 20 Mac 2012
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.
Mereka yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran (PhD) di universiti-universiti samada di dalam atau di luar negara yang diiktiraf oleh BNM layak untuk memohon.

Maklumat

  • Maklumat di atas adalah panduan ringkas sahaja.
  • Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi talian bantuan permohonan biasiswa BNM di 03 2691 5963 atau emel scholar@bnm.gov.my
  • BNM juga boleh dihubungi melalui talian 03 2698 8044 atau 1300 88 5465 atau SMS ke 15888 BNM Pertanyaan Anda atau emailbnmtelelink@bnm.gov.my
  • Di samping itu rujuk juga Facebook dan Twitter rasmi Bank Negara Malaysia.
sumber : ePutra




Rating For This Post :



Share :
Ranking: 5
 

© Broblogger.net ™ Ping your blog, website, or RSS feed for Free http://casino.us.org/ All Rights Reserved
Get smart with the TFBv2 from Forblogger.net| Redesigned By Khairul Asrol