Site Meter

Cara Nak Hilangkan Mengantuk

Rasa mengantuk ini boleh dihilangkan dengan berbagai cara. Terpulang kepada setiap individu. Terdapat beberapa tip yang boleh anda praktiskan bagi membantu anda di saat mata semakin layu di pejabat.


mengantuk

Cara Nak Hilangkan dan Atasi Masalah Mengantuk


Hampiri Kawasan Bercahaya

Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. Jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, cahaya semula jadi di tepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. Justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar seketika.




Basuh Muka

Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. Tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar. Ada kajian menunjukkan terapi air yang mudah ini boleh membuatkan kita berasa lebih segar.

Wangian Aromaterapi

Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon.

Senyum Dan Lakukan Perkara Baik

Senyuman bukan saja membuat orang berasa senang, tetapi ia juga mententeramkan perasaan kita. Selain itu, lakukan perkara baik dengan membantu orang lain. Peluang untuk berbuat baik sentiasa ada di keliling keliling kita, terpulang kepada anda sama ada mahu memanfaatkannya.

Dengar Muzik

Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.

Senaman Ringan

Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti tangan, kaki, ‘mematah-matahkan jari’, menggelengkan kepala boleh anda lakukan untuk menghilangkanrasa mengantuk. Ramai bertanya kalau sudah letih bagaimana mahu bersenam? Rahsianya, apabila anda bersenam, badan mengeluarkan tenaga daripada lemak yang disimpan dan ia secara tidak langsung membuat anda berasa lebih segar dan fikiran tenang.

Pandang Pepohon Hijau

Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.

Segarkan Semangat Anda

Pilihan untuk gembira, sedih, malas atau rajin ada di tangan kita. Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. Biasanya keletihan mental membuat anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang perkara.

Urut

Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh anda kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala. Dalam masa beberapa sahaja, anda akan berasa segar dan aktif semula.

Minum Banyak Air

Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat.

Amalkan Teknik Pernafasan Betul
Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.

Bersihkan Meja

Jika anda masih tidak dapat menumpukan perhatian pada pekerjaan anda, buat sesuatu kerja yang bermanfaat seperti membersihkan meja. Dengan cara ini anda tidak akan hanya duduk diam sahaja. Meja yang bersih dan teratur mencerminkan imej positif. Anda sendiri akan berasa puas dan selesa. yang dapat menggembirakan.

Berjalan-Jalan

Jika di tempat kerja, berhenti rehat seketika dengan bangun dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan dan berjalan-jalan di kawasan pejabat anda sambil berinteraksi dengan rakan-rakan sepejabat.

Membaca Ayat Al-Quran
Membaca sepotong ayat Al-Quran di dalam ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan mengantuk. Sebaiknya bacalaha keseluruhan Ayat Qursi tersebut kerana keseluruhan Qursi pun tidaklah panjang pun. Potongan ayat tersebut berbunyi…

“LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

Maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR

Kalau semua langkah di atas masih belum berjaya melawan rasa mengantuk, anda dicadangkan supaya sewaktu rehat, tidur di meja anda. Tidur atau melelapkan mata selama 20 minit sudah mencukupi untuk menyegarkan anda semula. Bila terjaga, pasti anda akan berasa segar semula. Isyaallah.




Rating For This Post :



Share :
Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Broblogger.net ™ Ping your blog, website, or RSS feed for Free http://casino.us.org/ All Rights Reserved
Get smart with the TFBv2 from Forblogger.net| Redesigned By Khairul Asrol