Site Meter

Makanan Punca Muka Berjerawat

Makanan yang menyebabkan jerawat tumbuh? Mengikut kajian pakar kulit, makanan juga memainkan peranan penting bagi menyelakkan jerawat tumbuh secara berleluasa di wajah cantik dan hensem kita.

wajah tanpa jerawat

Makanan Yang Menyebabkan Tumbuh Jerawat


Makanan Yang Digoreng

Jenis minyak yang anda makan setiap hari mampu memberi impak yang sangat besar pada kesihatan kulit. Sekiranya anda mengmbil lemak minyak yang tidak sihat, tubuh akan dipaksa untuk menggunakannya bagi membentuk sel kulit baru. Sel-sel kulit tidak akan berfungsi dengan baik. Akhirnya, jerawat dan penyakit kulit yang lain akan wujud. Jenis makanan gorengan yang sering menyebabkan jerawat ialah :
  • Kentang goreng
  • Donat
  • Ayam goreng

Makanan Tinggi Gula

Tahukah anda kuantiti gula yang tinggi pada makanan ialah racun bagi tubuh dan secara tidak langsung ia boleh menyebabkan jerawat? Gula akan menekan sistem kekebalan tubuh dan memberi kesan pada penurunan pertahanan tubuh terhadap jangkitan bakteria yang merupakan salah satu penyebab jerawat Gula juga boleh menggangu penyerapan kalsium dan magnesium yang menjadi mineral penting untuk kulit optimum. Makanan tinggi gula yang menjadi penyebab jerawat adalah :
  • Ais krim
  • Coklat
  • Biskut
  • Bijiran
Makanan Tinggi Karbohidrat

Karbohidrat yang paling penting ialah glukosa, gula sedehana (monosakarida) yang dimetabolisme oleh hampir kesemua organisma. Semua karbohidrat akhirnya diubah menjadi glikogen untuk penyimpanan dalam tubuh. Perlu diketahui ialah tubuh manusia memerlukan hanya sejumlah tertentu glukosa agar berfungsi dengan baik. Sekiranya anda makan karbohidrat lebih daripda yang apa diperlukan oleh tubuh, maka masalah kesihatan seperti diabetes dan jerawat boleh berlaku. Berikut ialah makanan tinggi karbohidrat yang boleh membawa jerawat seandainya dimakan secara berlebihan, antaranya :
  • Beras putih
  • Pasta
  • Roti Putih
Oleh yang demikian, anda perlulah menjaga pemakanan harian anda dan hanya mengambil kuantiti makanan yang diperlukan sahaja. Jangan terlalu mengikut nafsu makan tu. Beringat sebelum anda menyesal kelak. - notahati.com





Rating For This Post :



Share :
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

26 September 2012 23:38

Postingan tentang cara mengatasi jerawat yang Sangat bagus dan menarik untuk dibaca .... Saya suka mengunjungi blog ini.

Post a Comment

Bagaimana Pula Pandangan Anda?

 

© Broblogger.net ™ Ping your blog, website, or RSS feed for Free http://casino.us.org/ All Rights Reserved
Get smart with the TFBv2 from Forblogger.net| Redesigned By Khairul Asrol