Site Meter

Cara Mengetahui Seseorang Itu Mencintai Anda

Cara Mengetahui Seseorang Itu Mencintai Anda | Tajuk yang ingin dikongsi pada kali ini bukanlah bertujuan untuk berjiwang semata-mata tetapi lebih kepada amaran atau tanda-tanda awal si dia menyayangi anda.


ayat cinta
haa sweet tak ayat di atas? 

Kebiasaannya cinta atas dasar nafsu semata-mata tidak akan kekal lama. Seperti artikel yang aku pernah baca sebelum ini di iluvislam.com, seseorang itu sanggup putus hubungan kerana dia terlalu ingat kepada kekasihnya bahkan semakin melupakan Allah.

Daripada kisah itu, kita boleh mengambil iktibar dan berfikir secara mendalam adakah benar si dia itu jodoh kita ataupun hiburan mainan dunia semata-mata. Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan untuk mengetahui si dia menyayangi kita :


1. Mula Dengan Melihat Tingkah Laku Si Dia

Banyak perkara yang boleh anda perhatikan pada si dia untuk anda mengetahui perasaanya kepada anda. Antaranya, adakah dia tiba-tiba berubah tingkahlaku ketika berada di samping anda? Kalau biasa-biasa buat muka cool, tapi apabila dekat dengan anda dia buat muka yang lebih ‘friendly’ dan romantik. Kalau biasa-biasa dia pakai selekeh tapi apabila berjumpa dengan anda dia memakai pakaian bergaya dan wangian menusuk kalbu.

Adakah ini bermakna dia menagih perhatian anda? Ketahuilah bahawa bukan senang lelaki nak buat benda-benda macam ni. Ini bermakna dia berusaha keras untuk menunjukkan sayang dan penghargaannya kepada anda.


2. Dia Asyik Curi Pandang Anda

Pernahkah ketika anda sedang khusyuk melakukan sesuatu, jauh di sudut mata anda perasaan si dia tengah memerhatikan anda? Kemudian ketika anda menoleh, dia pura-pura menoleh ke arah lain? Ini bermakna dia menyukai anda dan tidak dapat menipu diri sendiri bahawa dia mencintai anda.


3. Dia Adalah Pahlawan Sejati Anda

Ketika anda dilanda masalah, ada je dia muncul entah dari mana membantu. Tayar kereta anda pancit, tidak sampai 5 minit dia tiba membantu. Dia buka pintu untuk anda, tarik kerusi anda (mcm drama sikit2 lah). Lelaki yang melakukan perkara ‘respectful’ sebegini kepada wanita hanya ada satu sebab sahaja iaitu CINTA dan ingin menarik perhatian anda.


4. Dia Berkawan Dengan Kawan Anda

Si dia tahu bahawa rakan-rakan dan keluarga di sekeliling anda adalah orang yang penting dalam hidup anda. Dia cuba berkawan dengan rakan anda. Lelaki yang tidak kisah untuk mengenali atau berkawan dengan orang-orang penting dalam hidup anda adalah lelaki yang berdusta dan bersandiwara mencintai anda.


5. Dia Jujur Kepada Anda

Lelaki yang benar-benar mencintai anda akan jujur dan ikhlas berkongsi apa yang tersirat di hatinya kepada anda. Tak kira masalah peribadi atau kerja, dia akan bercerita kepada anda seperti anda sahabat karibnya. Lelaki yang berdusta hanya melemparkan kata pujian palsu dan dusta semata-semata.


Sebenarnya masih ada banyak lagi tanda-tanda seseorang itu menyayangi kita. Ini adalah antaranya sahaja yang boleh kita ambil tahu. Bagaimana pula dengan anda? Adakah si Dia benar-benar menyayangi anda? Anda ada tips lain yang ingin dikongsi? sila kongsikan di ruangan komen di bawah untuk perkongsian bersama.




Rating For This Post :



Share :
Ranking: 5
 

© Broblogger.net ™ Library Articles All Rights Reserved
Get smart with the TFBv2 from Forblogger.net| Redesigned By Khairul Asrol