Tutorial Bergambar Cara Pasang CommentLuv Untuk Blogger

Tutorial Bergambar Cara Pasang CommentLuv Untuk Blogger | CommentLuv merupakan satu plugin daripada Intensedebate yang sememangnya popular dalam kalangan blogger terbaik malaysia ni. Fungsi yang membolehkan ia memberikan backlink kepada pengomen adalah sesuatu yang sangat istimewa buat pengunjung.


CommentLuv for Blogger

Selain daripada meninggalkan backlink, pengunjung jugak dapat berinteraksi dengan "thread comment" (balas komen) orang lain sekaligus dapat meluahkan pandangan masing-masing. Dengan kaedah blogwalking serta meninggalkan backlink seperti ini sebenarnya akan menguatkan lagi status ranking anda di carian engine.


Cara Memasang CommentLuv Plugin Untuk Blogger

note: Sila klik pada gambar untuk "zoom in" gambar yang lebih jelas.

1. Korang perlulah pasang intensedebate dulu kat template korang. Sign up ataupun daftar dahulu di http://intensedebate.com/ . bukak inbox email korang untuk aktivekan email pengesahan yang akan dihantar kemudian.

2. Selepas korang daftar dan dah aktivekan email korang, sila klik pada "Log in Here" untuk langkah seterusnya. 

CommentLuv for Blogger

3. Lepas korang log in, klik pada Site>>Add Blog/Site.

CommentLuv for Blogger

4. Kemudian masukkan blog URL korang kat ruangan yang disediakan. Pastu klik "Next Step".

CommentLuv for Blogger

5. Langkah seterusnya ialah pilih platform korang, kalau guna wordpress, klik pada wordpress begitu jugak kalau guna platform blogger klik pada blogger.
(amaran: IntenseDebate tidak menyokong Blogger Classic. Sila update kepada Blogger New Interference)

CommentLuv for Blogger

6. Langkah keenam pulak korang klik ikut arahan yang diberikan. boleh rujuk gambar di bawah ini. Apa yang penting kat sini ialah korang WAJIB download korang punya template dulu. Pergi ke blogger dashboard>>Template>>Backup/restore>>download.

Cara nak download template korang tu boleh rujuk gambar di bawah jugak. Senang je. Lepas tu upload template yang korang download tadi seperti gambar di bawah.

CommentLuv for Blogger

7. Tunggu untuk beberapa saat sebab uploading tu ambil masa sikit. Okay sekarang dah siap pasang IntenseDebate dalam template korang. 

CommentLuv for Blogger

8. Lepas siap upload, korang copy semua code yang diberikan tu kemudian paste kat blogger dashboard>>Template>>Edit HTML>> (CTRL+A) pastu semua code tadi kat situ>> save!


CommentLuv for Blogger

Kalau masa korang nak save tu ada masalah error ke, boleh komen kat bawah nanti aku cuba "settle"kan.  Tak ada hal lah. 

Langkah seterusnya ialah cara memasang CommentLuv. Sebenarnya CommentLuv ni adalah plugin yang tersedia daripada intensedebate sebab tu perlunya korang install dulu intensedebate tadi. 

CommentLuv for Blogger

Sila ikut step macam gambar di atas. Klik pada blog yang korang dah install tadi. Contoh macam dalam gambar tu macam blog aku. Lepas klik button "plugins" dan klik "Active" pada CommentLuv. Dalam masa beberapa minit akan muncul plugin CommentLuv kat blog korang.

Kegunaan CommentLuv korang boleh baca sendiri kat entri aku sebelum ni BACA SINI. Untuk terus berada ranking tertinggi carian engine perlulah ada rangkaian backlink ke entri korang tu. 

Jadi rajin-rajinlah blogwalking untuk membina rangkaian backlink yang kuat dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita. Tak gitu?

{12 comments.. read them below or add one}

nor ismalina nor ismalina20 November, 2014
assalamualaikum,
saya dah cuba buat tapi bila nak save dia keluar mcm ni "Error parsing XML, line 2934, column 71: The processing instruction target matching "[xX][mM][lL]" is not allowed".

mcm mana nk buat ye?
aimun amanina aimun amanina20 November, 2014
thanks for sharing..saya dh berjaya buat..:)
Seri Nian Seri Nian02 Disember, 2014
Alhamdullilah saya berjaya
aimun amanina aimun amanina08 Disember, 2014
salam..nak tanye, knp tibe2 saya xblh nk publish komen dkt blog saya? org lain blh komen tp sy nk rply semula xblh. dah klik publish tapi still xblh..harap dpt membanti.. :(
huda huda17 Mac, 2015
tq2 smlm nnti nak cube, mitak2 jadi aminnn
huda huda28 Mac, 2015
ala da cube, keluar error bad request huhu...camne nk buek?
Belang Tarung Belang Tarung04 Ogos, 2015
peh tq bos...memang menjadi...terbaikk
Hawa Hassan Hawa Hassan14 Februari, 2016
terima kasih ilmunya tuan..happy. berjaya buat.

Bagaimana Pula Pandangan Anda?