Site Meter

Hukum Forex Dalam Islam Antara Halal dan Haram

Hukum Forex Dalam Islam Antara Halal dan Haram | Forex (Foreign Exchange) ni adalah sistem jual beli mata wang asing yang mana kita sendiri tahu akan berubah dari semasa ke semasa mengikut kedudukan ekonomi sesebuah negara.


Hukum Forex Dalam Islam Antara Halal dan Haram
Hukum Forex Dalam Islam Antara Halal dan Haram

Sebenarnya aku memang dah agak pasti akan ada yang bertanya mengenai hukum dalam FOREX ni dan aku dah kaji benda ni dahulu sebelum aku menceburi dan mempelajari ilmu tentang analisis dalam dunia forex ni. Ini adalah susulan daripada entri aku yang bertajuk testing forex kali pertama menggunakan akaun demo tempoh hari.

Antara kajian yang aku lakukan adalah menggoogle hukum mengenai forex dalam islam dan aku dapati kebanyakkannya berkongsi mengenai isi yang sama iaitu fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang dikeluarkan sekitar pertengahan tahun lalu.


Hukum Forex : Haram atau Halal?

KOTA BHARU: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing (forex) seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang membabitkan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata, banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran wang asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata, keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati selepas sistem perniagaan skim itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah,” katanya. – BERNAMA



Penjelasan Ustaz Hj Zaharuddin Tentang FOREX

Kepada yang masih kurang jelas, aku harap sangat korang dapat tengok sendiri  dahulu dan dengar penjelasan daripada beliau mengikut hukum FOREX dalam islam. Beliau adalah orang yang mahir dengan sistem forex yang dijalankan oleh bank-bank di seluruh Malaysia dan melabelkan sistem forex ini ada dua cara. Jom saksikan.




Ulasan : 
Artikel mengenai fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu langsung tidak menceritakan tentang sistem forex yang sebenarnya seperti mana yang diterangkan oleh Ustaz Zahiruddin.

Dalam artikel di atas, point yang pertama yang menyebabkan untung rugi tidak menentu itu LANGSUNG tidak boleh dipakai kerana dalam perniagaan itu sendiri mana ada yang untung setiap masa dan semestinya untung rugi itu pasti ada.

Point yang kedua pula "Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan". Sedar atau tidak, perniagaan pertukaran wang asing itu sebenarnya adalah sama adalah dengan Forex(foreign Exchange) yang dilakukan oleh trader. Cuma perbezaannya ialah cara mata wang itu ditukarkan. Ia seolah-olah membenarkan apa yang baru sahaja diperkatakan salah. 

Aku sendiri sebenarnya tak berapa suka dengan informasi yang dikongsikan dalam media massa kat Malaysia ni sebab kebanyakkannya ditokok tambah untuk kepentingan sendiri sekalipun dalam soal hukum. 

Point yang ketiga, yang tak boleh blah, "anda digalakkan untuk melabur dalam Sijil Simpanan Premium(SSP)" yang seolah-olah mempromosi orang ramai untuk menggunakan sistem itu daripada pihak bank BSN. Yang ini tiada kena mengena dengan hukum FOREX. Sila abaikan.

Aku lebih gemar untuk mendapatkan penjelasan kalau berkenaan dengan hukum islam daripada ustaz atau ahli ulama  yang mempunyai dua perkara :
  • Yang pertama beliau haruslah sangat arif dalam hukum hakam agama islam.
  • Kedua beliau mempunyai pengalaman dan sememangnya serba tahu tentang sesuatu perkara itu sebelum membuat andaian mengikut hukum syarak.
Bukanlah maksudnya aku memandang rendah dengan fatwa yang dikeluarkan oleh 
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tetapi alangkah baiknya kalau disertakan dengan fakta yang sebenar seperti mana yang diperkatakan oleh Ustaz Zahiruddin dalam video tersebut.


Secara keseluruhannya, FOREX itu ada halal dan haramnya mengikut keadaan tersebut dan untuk pengetahuan anda semua, kebiasaannya trader FOREX ini hanya mengamalkan trade mata wang secara sendiri dengan membuat analisa yang mantap sebelum melakukan trade dan ini dinamakan 'spot trading' dan bukannya 'foward trading'

Apa itu  'spot trading' dan 'foward trading' ni? Jadi apa hukum FOREX yang sebenarnya? Segalanya ada diceritakan dalam video selama 7 minit lebih di atas. Ayat paling aku suka, 

"Jangan bagi fatwa yang general, yang umum. Contoh macam hukum makan ayam. Halal ke tak? Mestilah halal. Tapi kalau tak sembelih dengan cara islam? Halal ke haram? Sama sahaja dengan hukum FOREX ini. :) "




Rating For This Post :



Share :
Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Broblogger.net ™ Ping your blog, website, or RSS feed for Free http://casino.us.org/ All Rights Reserved
Get smart with the TFBv2 from Forblogger.net| Redesigned By Khairul Asrol